Skip to main content

KISAH 3 - Tiga Daeng Bersaudara dari Bugis


Mak Tok adalah panggilan cucu-cucu kepada nenek sebelah emak. Nama Mak Tok ialah Che Amah binti Ahmad. Emak menceritakan susur galur keturunan ibu Mak Tok berasal dari Bugis. Ibu Mak Tok dipanggil Tok Yah dan bapa Mak Tok bernama Ahmad bin Ali.

Emak selalu bercerita keturunan Tok Yah berasal dari 3 orang Daeng bersaudara yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Dalam sejarah, keturunan Daeng yang datang ke Tanah Melayu bukan sahaja terkenal sebagai pahlawan tetapi juga dihormati kerana ketaatan mereka dalam agama. Gelaran Daeng digunakan oleh orang Bugis sebagai tanda hormat, biasanya untuk keturunan bangsawan atau orang yang dihormati.

Menurut emak juga, orang Bugis memang terkenal sebagai pelaut, pahlawan, pedagang dan penyebar Islam di Nusantara.

Emak bercerita 3 orang Daeng bersaudara yang datang ke Tanah Melayu merupakan pawang. Seorang adalah Pawang Patah, seorang Pawang Harimau dan seorang lagi Pawang Buaya.

Tidak banyak yang emak dapat cerita mengenai keturunan 3 Daeng bersaudara tetapi yang terpahat dalam ingatan, emak bercerita mengenai Pawang Patah, beliau mengetahui saat kematiannya sudah dekat apabila ranting pokok telah patah dan terkena badannya. Pawang Patah adalah bapa kepada Tok Yah iaitu emak Mak Tok. Saya pernah mendengar Mak Tok menyebut nama datuknya Tok Daeng Sulaiman.

Emak mengatakan keturunan Daeng Bugis sering dikaitkan dengan kekuatan rohani dan kepahlawanan serta memiliki kuasa batin dan ilmu alam ghaib. Semua ciri yang ada pada mereka membentuk kepimpinan tradisional Melayu yang disegani.

Comments

  1. Kagumnya,lagi baca lagi nak tau lebih lanjut.Macam baca buku sejarah!Bagus jugak Aida tulis semua ni.Cerita ni tak putus setakat pengetahuan mak Aida saja.Boleh sampaikan kepada anak,cucu,cicit dan keturunan seterusnya.
    Semoga mereka bangga dan kuat semangat seperti datuk moyang.Bukan calang2 ilmu di dada dari Sulawesi Selatan nak sampai Tanah Melayu zaman dulu.💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks so much Sep. Sebenarnya tak terfikir intuk menulis sampai kawan perkenalkan dunia blog. Bila tulis rasa boleh jugak tulisan ni dipanjangkan kepada semua. Buat apa terpendam dalam diri yang pendiam ni. Bukan dengan semua orang aku bercakap kan. Terima kasih Sep sebab selalu ikuti tulisan aku ni.

      Delete
  2. Wahhhhh......dah pandai jawab komen.👏🎊🎊.
    Menulislah sahabatku.Kongsikan ilmu dan info yang ada.Semoga memberi manafaat utk diri dan semua diluar sana.InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment