ISNIN, 16 OKTOBER 2023...
Itulah hari terakhir aku bertentangan mata dengannya.
Dalam runtunan hati yang cukup berat untuk menempuhi detik-detik akhir perpisahan, aku kaut segala cebisan kekuatan yang masih bersisa.
Aku bersyukur kerana masih berkemampuan untuk berpaut kepada tunjang kewarasan dan keyakinan bahawa sesungguhnya masa yang dijanjikan pasti tiba.
Tidak sesekali terlewat walau sesaat
Semua kita sedang menuju ke sana.
Cuma...
Bukan mudah untuk menghilangkan perasaan dan kerinduan yang mencengkam itu.
Dalam setiap degup jantung, dalam setiap nadi, dalam setiap hela nafas, dalam setiap kerdip mata, imbauan nostalgia suka-duka yang pernah dilalui bersama seringkali menjentik segenap sanubari.
Masakan tidak,
Dialah ibu
Diaah sahabat
Dialah penasihat
Dialah pemberi semangat
Dialah Habibah yang sudah pastinya membawa maksud..
Dialah kekasih
Kasihnya tanpa syarat
Kasihnya bersemadi di hati
Kekal abadi
AL FATIHAH
Nukilan rasa:
Ruhil Hasrim Ibrahim ( RHI )
Ruhil adalah sahabat dari Darjah 1 hingga ke sekolah menengah. Kemudian sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi UUM dan di UUM sehingga tamat pengajian. Ruhil agak rapat dengan emak saya. Pernah menemani emak untuk rawatan susulan di hospital bila saya tidak dapat bercuti.
16 Oktober 2023 adalah sehari sebelum emak kembali kepada Allah. Ruhil bersama-sama saya di hospital semasa menghadapi sehari sebelum perpisahan selamanya. Ruhil adalah saksi betapa saya cuba melawan kebingungan dan kesedihan dan berkata tidak apabila doktor pakar meminta untuk meneruskan rawatan dengan dialisis. Emak terlalu lemah, biarlah emak berehat dan kembali kepada Allah dengan tenang.
Emak meninggal dunia pada lewat petang 17 Oktober 2023.

Comments
Post a Comment