Syukur atas nikmat berkat usia, kesihatan dan kasih sayang Allah.
Di usia ini aku merasakan kehidupan dunia hampir selesai untuk diriku. Tiada ibu bapa untuk berbakti, tiada anak sebagai amanah. Apa yang tinggal ialah menyelesaikan segala hutang yang ada, menyiapkan rumah yang dirancang dengan arwah emak serta melaksanakan semua hajat emak di rumah baru tersebut.
Menjalani hidup yang bermanfaat kepada orang lain serta berbuat baik pada binatang dan benda-benda hidup.
( 🤔 rasa macam ayat ikrar Pandu Puteri )
Semoga sisa-sisa hidupku di dunia ini dijadikan sebagai ladang amal untuk mengumpul bekalan di akhirat sementara menunggu giliran kembali kepada Allah.
Aku sangat berhasrat supaya dikurniakan Allah pengakhiran yang baik, kematian husnul khotimah serta kembali kepada Allah sebagai jiwa yang tenang.
Sama seperti doaku semasa saie haji iaitu ritual terakhir ibadah haji, semoga emak dan bapa diampuni segala dosa dan semoga kita berjumpa lagi di syurga kelak.
Jutaan terima kasih pada keluarga dan sahabat yang tidak pernah lupa pada diri ini. Akan kunikmati kesendirian ini sehingga Allah menghadirkan takdir mengikut kehendakNya.
Amiin Amiin Ya Rabbul'alamin
Amin ya robbalalamin.
ReplyDeleteRamai pulak yang mesej kata sayu baca ucapan harijadi aku. Tapi dah umur macam ni masih ada lagi ka masa depan di dunia. Entah la...Wallahualam bissawab...
DeleteHmmm...sama la...aku pun tertanya-tanya di usia macam ni ada lagi ka fikiran dan plan utk masa depan di dunia.Tak apa la,mengingati mati dan bersedia utk ke alam barkzah pun baik 🥰
ReplyDelete