Skip to main content

BILA EMAK BERCERITA...

 PRAKATA.



Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izinnya saya telah mendapat ilham untuk menulis penceritaan  oleh emak saya selama 51 tahun menjalani hidup bersama dengan emak, insan yang paling saya sayangi dan sanjungi.

Tujuan penulisan ini adalah untuk memoir, yang memberi sentuhan emosi dan nostalgia dari kisah hidup seorang emak yang gemar bercerita kepada anak-anaknya.

Emak saya, Habibah binti Murad adalah seorang guru semasa hayatnya. Guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Lukisan. Sebagai guru yang mempunyai sifat semulajadi yang selalu memberi tunjuk ajar, emak sentiasa bercerita sebagai kisah teladan, motivasi atau pengajaran tentang kehidupan yang lahir dari kasih sayang seorang ibu.

Kami tiga beradik, Aida Hafiza, Ahmad Hafeez dan Ahmad Hanif sentiasa mendengar emak bercerita dari sejak kami kecil.

Bila emak bercerita...ada tawa, ada airmata, warisan kasih dan kenangan.

Catatan kenangan ini merupakan catatan yang tidak akan pudar dalam ingatan.

Comments

  1. Al fatihah untuk Cikgu Habibah Binti Murad.
    Walaupun saya tak mengenali secara dekat semasa hayat cikgu ,syukur saya dapat membaca cerita2 cikgu dari Aida.Semoga ilmu yg cikgu tinggalkan menjadi ladang pahala utk cikgu di sana.Saya pun akan cuba mencontohi cara cikgu.InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment