Tok Yah adalah moyang saya, berketurunan Bugis dan mempunyai ilmu kerohanian pada dirinya. Nama Tok Yah ialah Arbaayah binti Sulaiman. Emak bercerita Tok Yah juga seorang yang kuat beribadat dan selalu membaca Al Quran.
Tok Yah mempunyai naluri yang kuat sekiranya berjumpa dengan orang yang tidak berniat baik. Badan Tok Yah akan merasa getaran sekiranya berhadapan dengan orang berkenaan.
Tok Yah jugak mahir menganyam atap. Emak bercerita Tok Yah boleh membidankan orang yang bersalin sekiranya tiada bidan pada masa berkenaan.
Menurut cerita emak, bila rasa tidak sihat Tok Yah akan membuat air buyung iaitu air yang disimpan di dalam buyung ( bekas tanah liat ). Air Buyung ini biasanya diembunkan dari waktu malam hingga subuh. Semasa hendak diembunkan air buyung, Tok Yah tidak meletakkan buyung terus ke atas tanah tetapi diletakkan di atas para kayu berbentuk segitiga ( dibuat daripada buluh atau kayu keras ). Air buyung yang diembunkan ini digunakan sebagai penawar atau diminum selepas dibacakan doa, ayat suci Al Quran dan selawat. Emak bercerita semasa air buyung ini diembunkan orang kampung akan melihat harimau berlegar-legar di halaman rumah Tok Yah.
Orang tua selalu berpesan :
" Air buyung itu air sejuk hati, penawar badan, penyejuk jiwa."
Kenapa agaknya ada harimau dilihat berlegar2 didepan rumah tok yah semasa air diembun dlm buyung?Huh..menjadi tanda tanya la pulak!Adoiii...tak boleh lena aih dok pikiaq..hehehe.
ReplyDeleteIlmu Allah itu amat luas. Sebenarnya harimau tu disebut sebagai harimau penjaga keturunan. Bukan asal jin, syaitan atau saka. Dalam keadaan terdesak, atas izin Allah boleh dipanggil dengan seruan bacaan ayat Al Quran. Aku pun tak tau sangat tentang hal ni takut nanti jadi salah anggapan masyarakat. Tapi aku akan send youtube Tok Bugis Channel untuk dengar dan faham isu Harimau Penjaga. Apapun semua ni dari Allah...Wallahualam.
Delete