Skip to main content

KISAH 5 - Pak Mat Geduk-geduk


Bapa Mak Tok ( moyang saya ) bernama Ahmad bin Ali. Saya tidak pernah mengenali Tok Wan Ahmad. Emak pula jarang bercerita tentang beliau tetapi saya mendapat banyak maklumat mengenai Tok Wan Ahmad dari Mak Long Salmiah, sepupu emak saya ( anak adik Mak Tok saya yang saya panggil Tok Teh )

Tok Wan Ahmad mengikut cerita Mak Long menetap di Tanjung Tokong dan Air Hitam, Pulau Pinang. Tok Wan Ahmad bekerja di syarikat perintis elektrik di Pulau Pinang iaitu Huttenbach Ltd.

Hasil semakan saya Electrification of George Town ( 1904 ) merupakan permulaan  perkhidmatan elektrik awam di Malaya melalui stesen janakuasa Sungai Pinang. Jadi Tok Wan Ahmad bekerja di syarikat elektrik ( di mana saya bayangkan syarikat yang seumpama Lembaga Letrik Negara - LLN )

Menurut Mak Long Salmiah, Tok Wan Ahmad asal keturunan orang Belanda tetapi menetap di Pulau Pinang. Tok Wan Ahmad berkulit putih kemerah-merahan, tinggi dan bermata hampir berwarna biru.

Tok Wan Ahmad juga seorang yang segak dan hebat, sekiranya keluar berjalan Tok Wan akan memakai kot ( coat ). Tok Wan juga suka pada buku-buku, menurut cerita Mak Long kalau beliau mendapat nombor 1 di sekolah, Tok Wan akan menghadiahkan buku cerita.

Emak pula bercerita Tok Wan mempunyai rumah yang besar di Pulau Pinang dan mempunyai motosikal besar. Dalam kampung hanya Tok Wan seorang saja yang mempunyai motor sebab itu Tok Wan digelar Pak Mat Geduk- geduk. Geduk-geduk merujuk kepada bunyi kuat dari motor besar yang dibawa Tok Wan.

Emak bercerita Tok Wan Ahmad akan membawa dompet bila keluar dan akan memberi wang pada sesiapa yang memerlukan duit.

Comments

  1. Aida dah kena buat carta salah silah senang sikit nak ingat dan faham..hehehe.Seronoknya dpt tau tentang moyang,tok,tok wan dan saudara mara sebelum kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep, kalau buat carta salasilah pun rasa macam berat sebelah sebab sempat hidup dengan bapa sampai umur 8 tahun saja. Tak sempat nak tau sangat cerita sebelah bapa. Semua adik beradik bapa dah pun meninggal. Boleh la kalau nanti cuba tanya sepupu2 sebelah bapa.

      Delete

Post a Comment