Mak Tok saya bernama Che Amah binti Ahmad. Tetapi saya sering mendengar Mak Tok menyebut namanya sebagai Hajjah Rahmah. Mak Tok adalah seorang yang sangat mementingkan kecantikan, bergaya, sangat meminati barang kemas dan perhiasan. Mungkin bagi Mak Tok nama Hajjah Rahmah lebih menarik didengar. 😃
Mak Tok boleh memandu kereta dan mempunyai lesen memandu. Semasa emak mempunyai kereta Wolkswagen Golf dalam tahun 1980an, Mak Tok sering memandu kereta itu pergi ke Kuala Kedah. Saya selalu diajak untuk menemani Mak Tok memandu. Tugas saya ialah melihat keluar tingkap bagi memasti kereta melepasi jalan dan tidak memasuki longkang. Lorong di Kuala Kedah pada ketika itu agak sempit. Saya berasa hairan kenapa Mak Tok perlu mengalas bantal pada tempat duduk memandu. Emak beritahu Mak Tok perlu duduk atas kerusi yang tinggi semasa memandu.
Saya tidak mempunyai banyak kenangan yang manis bersama Mak Tok. Saya juga merasakan cucu-cucu yang lain juga mempunyai perasaan yang sama kecuali cucu yang disayanginya.
Mak Tok seorang yang garang, sangat kemas dan teratur ( segalanya mesti 'tertib lendit', 'well organised' dan mematuhi tatasusila ). Beliau juga sangat mementingkan kebersihan dan sangat meminati duit ( jadi tidak hairanlah seorang anak Mak Tok dan dua orang cucunya adalah akauntan 😂)
Kecenderungan Mak Tok pada duit dan makanan ( isu makanan disimpan dan disembunyikan ) selalu menjadi topik perbalahan beliau dan anak-anaknya. Cucu-cucu yang ada sudah mangli dengan pertengkaran demi pertengkaran mengenai isu yang sama saban kali. Pernah pertengkaran antara emak saya dan Mak Tok didengari oleh adik saya yang berada di Australia. Emak saya lupa menutup telefon selepas perbualan telefon dengan adik saya. Adik saya yang memang terkenal pakar memasang telinga bagi setiap perbualan atau perbalahan terus beritahu kami semua tentang hal ini. Isu yang dibalahkan hanyalah tentang Nescafe 3 in 1 🤣🤣
Walaupun Mak Tok kurang mempunyai sifat kasih dengan anak dan cucu tetapi saya merasakan semua anak Mak Tok menyayanginya. Selepas bapa saya meninggal dunia, Mak Tok tinggal bersama kami di Taman Sopiah dan sentiasa ada di rumah semasa emak keluar mengajar.
Cara makan Mak Tok juga sangat tertib dengan cawan yang mesti dialas dengan piring. Walaupun makan seorang diri Mak Tok akan menghidangkan makanan yang dimakan dengan tertib dan ada piring khas untuk meletak tulang. Tuala untuk mengelap badan adalah berbeza dengan tuala untuk mengelap muka. Rambut dilap dengan tuala yang lain pula.
Rambut disikat dengan tertib secara duduk di atas lantai dan mengalas kain di atas lantai pada belakang badan supaya rambut yang luruh dikumpul dengan rapi dan diletak dalam satu bekas. Rambut yang luruh terlekat pada sikat jugak dibersihkan setiap hari dan diletakkan dalam bekas yang sama. Bila bekas penuh, rambut yang dikumpulkan akan ditanam di tepi perdu pokok pisang ( supaya sejuk kepala kata Mak Tok 😅 )
Saya yang agak nakal selalu berbincang dengan adik-adik dan Emi ( sepupu ) dengan mengatakan Mak Tok selayaknya menjadi seorang Permaisuri ðŸ¤.
Kuih Bangkit Mak Tok
Setiap kali bulan Ramadan, Mak Tok akan membuat kuih bangkit untuk dijual. Saya yang sangat minat dengan urusan masak-memasak sering membantu Mak Tok untuk membuat kuih bangkit. Tetapi Mak Tok tidak pernah membayar sedikit pun duit upah atau memberi duit raya pada saya 🤣. Mungkin bagi Mak Tok saya membantu dengan penuh keikhlasan.
Solat jemaah di masjid, membaca Al Quran dan solat malam
Saya daripada kecil mengenali Mak Tok sebagai seorang yang rajin membaca Al Quran, selalu solat jemaah di Masjid Aman ( di seberang jalan hadapan Taman Sopiah ) dan setiap hari bangun untuk solat malam ( tahajud dan lain-lain ). Kadang kala saya melihat Mak Tok menangis selepas solat malam. Apa yang ada dalam fikiran Mak Tok saya tidak mengetahui. Mak Tok juga rajin berpuasa sunat. Puasa berterusan pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan adalah amalan biasa Mak Tok setiap tahun.
Saat kematian
Mak Tok dikurniakan Allah kesihatan yang baik sepanjang usia. Di hujung usia, Mak Tok mengalami patah tulang paha ketika hendak bangun solat tahajud. Paha Mak Tok tiba-tiba patah ketika beliau hendak bangun dari katil. Kepatahan tulang berlaku mungkin disebabkan usia yang lanjut dan mengalami kerapuhan tulang. Emak dan Pak Kecik bergilir-gilir menjaga Mak Tok di hospital selama 44 hari.
Di ambang kematian Mak Tok, saya berada di sisi Mak Tok membaca surah Yaseen. Saya masih ingat Mak Tok ada beritahu, "Mak dah panggil balik dah ni, depa mai ajak balik". Mak Tok juga beritahu semua kesakitan di badan dia sudah hilang, Mak Tok rasa selesa sahaja. Di saat itu, Tok Chik sudah mengetahui hayat Mak Tok sudah sampai di penghujung.
Mak Tok meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat sakit tua. Saya turut sama memandikan jenazah Mak Tok. Selepas dimandikan, wajah Mak Tok sangat berseri dan selepas dipakaikan celak mata pada jenazah saya melihat Mak Tok kelihatan sangat cantik dan comel.
Natijah
Walaupun Mak Tok kurang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan cucu-cucu tapi Mak Tok tidak pernah menggangu orang lain dan pandai bersahabat. Isu pertelingkahan hanya berlaku antara Mak Tok dengan anak-anaknya dan kadangkala dengan cucu-cucunya atau bertikam lidah dengan Tok Chik semasa bersembang 😃. Mak Tok mungkin garang kerana di dalam badannya ada darah keturunan pahlawan Bugis.
Kecenderungan pada duit mungkin Mak Tok berasal dari anak orang kaya. Diceritakan dari kecil Mak Tok sudah bersekolah, memakai gown dan riben di rambut dan sering mengikut bapanya menaiki motor besar ke mana-mana. Dalam tahun 1930an dan 1940an agak jarang orang bersekolah dan bergaya seperti Mak Tok. Mungkin disebabkan masa itu bapa Mak Tok bekerja di syarikat elektrik Jerman ( Huttenbach Ltd ) di Pulau Pinang.
Bayangkan kesusahan Mak Tok selepas dibawa ke Kuala Kedah dan kemudian Perang Jepun meletus. Makanan juga dicatu dan sukar diperolehi. Harapan dan cita-cita Mak Tok juga turut musnah. Bagi saya kesusahan dan penderitaan hidup Mak Tok telah mempengaruhi sifat dan jati diri Mak Tok.
Apapun yang paling penting dalam kehidupan kita adalah pengakhiran yang baik dan kematian yang husnul khotimah.
Al Fatihah buat arwah Mak Tok, semoga Allah Taala menerima semua amalan Mak Tok serta diampuni segala dosa.

Cantiknya Mak Tok Aida.Orang dulu yakin,kuat berusaha,kerja keras, tegas dan berdisiplin pasti akan berjaya!KSep suka tengok koleksi gambar2 yang disertakan dalam semua penulisan Aida.Menarik!
ReplyDelete